PENGIKUT

Thursday, August 20, 2015

TUKAR

Semua manusia yang lahir kat dunia ni Allah dah anugerahkan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing-masing. Mana yang aku lebih, kurang kat kau. Mana yang aku kurang, lebih kat dia. Adil. Semuanya sama rata je.

Tapi sesungguhnya hati kecil aku amat amat amatlah terasa dengan sikap masyarakat sekeliling ( to be specified orang kampung aku ). Aku tak salahkan mereka. Mereka dibesarkan dengan cara lain. Zon zaman yang beda. Era yang lain. Cara permikiran juga lain. Sedang aku, memberontak. Permikiran yang sangat self-centered. As long I do no harm to others, so why bother ? Itu apa yang aku fikir lah.

Aku ni takde langsung bakat. Tak pandai hormat orang yang lebih tua. Tak pandai bergaul dengan orang yang lebih tua. Tak pandai jaga hati mereka.  Serba serbi tak pandai lah. Tak pandai senyum. Tak ingat nama dan muka saudara sendiri. Teruk kan ?

Kau ingat aku tak terasa ke kalau ada kenduri kendara ke apa ke yang mengumpulkan saudara mara semua, aku ni least favorite person ? Kalau boleh aku TUKAR apa sahaja kelebihan yang aku ada dengan KAU, ye KAU yang jadi manusia kegemaran manusia-manusia di kampung ini, yang disenangi golongan lebih tua, yang rajin menolong waktu kenduri, yang murah senyumannya, yang favorite person semua orang, yang berhati baik dan tak pentingkan diri, aku sanggup je. Jom lah. Kita TUKAR. Nak ? Pleaseeeeee......

Sunday, April 13, 2014

PENAKUT

Pernah dengar lagu nyanyian Yuna yang bertajuk Penakut ? Lagu tu sangat "sesuatu" bagi aku. Entah kenapa. Padahal aku tak pernah pun alami peristiwa macam apa yang lagu tu cuba sampaikan.

Ouh well. Aku bukan nak cerita pasal lagu tu pun. Tafsiran lagu tu berbeda mengikut individu. Aku nak cerita pasal aku. Kenapa pasal aku ? Eh sukahati lah. Blog aku. #akuyangtuliskaupulakyangpanas #kaudahkenapa . Eh emosi pulak. Hahaha

Disebalik ke-outspoken-an aku ni, sebenarnya aku ni penakut. Yeah. Aku takut nak sayang orang lebih lebih. Sebab aku tahu sakitnya bila kena tinggal. Kbai

Thursday, March 20, 2014

DUA

Aku anak keDUA daripada DUA orang adik beradik. Masa dekat sekolah menengah aku ni kira macam "the SECOND best student". Pasaipa second ? Pasai tak best pun jadi FIRST. Kakakaka.

Okay. Moving on. Masa belajar kat poli pulak, nombor matriks aku end up with number 22. Tunggu punya tunggu, akhirnya aku pun selamat konvo pada usia 22 tahun. Angka giliran untuk aku naik pentas terima sijil diploma adalah 22. Dan hari konvo tu, aku naik pentas DUA kali. Wuwuwu. Excited teruk !

Takpayah nak kata aku taksub dengan nombor DUA ni eh. Relax. Baca dulu apa yang aku cuba nak sampaikan.

Hidup aku banyak berkait dengan nombor DUA. Kalau aku masuk any contest kat sekolah, kerap dapat nombor 2. Aku serius tak kisah pasal aku tak suka pun dapat nombor SATU. Sebab bila kau jadi nombor SATU in anything, orang akan mula look up on you and boommm ! Satu batu besar berupa harapan telah diletakkan dibahu kau secara automatiknya. Ajaib bukan ? So being number TWO is the best escape way. Kakakakaka. Padahal memang tak good enough pun nak dapat number one.

Aku juga ada perasaan di mana aku selalu rasa yang aku nombor DUA dalam hati orang-orang yang aku sayang. Family. Friends. As if aku ni second choice. Selalu sangat perasaan ni wujud. Selalu. Dengan masyarakat pun sama. Selalu macam orang tak pandang aku. Maybe sebab perangai aku kot yang orang tak berkenan atau sebab aku ni TAK RETI nak senyum. Entahlah. Aku tak kisah pun. Wait. I DO CARE !! Mungkin dah lali.

Aku cuma harap, andai ada jodoh aku dengan sesiapa kat dunia sementara yang penuh pancaroba ni, aku harap sangat aku adalah SATU-SATUnya wanita yang dia cintai. Selain mak dia of course. Dan juga dia takkan menDUAkan aku dengan perempuan lain. Apatah lagi lelaki lain. Nauzubillah. Hahaha. Aku tak kisah kalau aku adalah wanita yang keseratuslapanpuluhjuta yang dia cinta, as long tiada yang lain selepas aku. I don't want to be your number ONE, I just wanna be your ONLY ONE. Okay muntah. Uwerkkkk.

Aku memang dah biasa dengan nombor DUA, tapi aku pantang diDUAkan. Apatah lagi ditigaempatkan. Tapi siapalah aku nak bersuara lantang kalau takdir Tuhan mengatakan sebaliknya ? Okay. Yang tu aku tanak fikir. Bila tiba masanya nanti, pandailah aku merawat hati. Hihi.


P/s : ini adalah entri aku yang kedua. Memang disengajakan. Agagaga

Thursday, December 12, 2013

SEBAB KAU CANTIK

Kau tak pandai pun takpe, sebab kau cantik.

Kau buat salah pun, orang senang je nak maafkan. Nak marah pun tak sampai hati. Sebab ? Kau cantik.

Kau pakai la baju apa pun, tudung senget macam mana pun, nampak elok je. Sebab kau cantik.

Bahasa kau macam puaka, perangai entah apa-apa, tetap je ada orang yang suka. Sebab kau cantik.

Pergi membeli-belah kau boleh dapat harga murah, kereta rosak tengah jalan semua pakat nak hulur bantuan.

Rasanya kau pun dah tahu kenapa kan ? Ye. Betul. Sebab kau cantik.

Kau nak apa semua dapat,

Nak cari kerja, nak mintak tolong orang, semua tu bukan susah. Mudah. Sebab kau cantik.

Kau tak perlu susah-susah nak pakai lawa-lawa , tak perlu susah-susah cuba nak puaskan hati semua orang, tak perlu acah-acah peramah.

Sebab kau buat lah perangai macam mana pun, orang tetap akan suka kau. Sebab kau cantik.

Pasal perangai kau boleh adjust, yang tak tahu boleh belajar.

Apa-apa hal pun yang utama, kau kena cantik dulu.



*sing* beautiful girl all over the world.