PENGIKUT

Sunday, April 13, 2014

PENAKUT

Pernah dengar lagu nyanyian Yuna yang bertajuk Penakut ? Lagu tu sangat "sesuatu" bagi aku. Entah kenapa. Padahal aku tak pernah pun alami peristiwa macam apa yang lagu tu cuba sampaikan.

Ouh well. Aku bukan nak cerita pasal lagu tu pun. Tafsiran lagu tu berbeda mengikut individu. Aku nak cerita pasal aku. Kenapa pasal aku ? Eh sukahati lah. Blog aku. #akuyangtuliskaupulakyangpanas #kaudahkenapa . Eh emosi pulak. Hahaha

Disebalik ke-outspoken-an aku ni, sebenarnya aku ni penakut. Yeah. Aku takut nak sayang orang lebih lebih. Sebab aku tahu sakitnya bila kena tinggal. Kbai

Thursday, March 20, 2014

DUA

Aku anak keDUA daripada DUA orang adik beradik. Masa dekat sekolah menengah aku ni kira macam "the SECOND best student". Pasaipa second ? Pasai tak best pun jadi FIRST. Kakakaka.

Okay. Moving on. Masa belajar kat poli pulak, nombor matriks aku end up with number 22. Tunggu punya tunggu, akhirnya aku pun selamat konvo pada usia 22 tahun. Angka giliran untuk aku naik pentas terima sijil diploma adalah 22. Dan hari konvo tu, aku naik pentas DUA kali. Wuwuwu. Excited teruk !

Takpayah nak kata aku taksub dengan nombor DUA ni eh. Relax. Baca dulu apa yang aku cuba nak sampaikan.

Hidup aku banyak berkait dengan nombor DUA. Kalau aku masuk any contest kat sekolah, kerap dapat nombor 2. Aku serius tak kisah pasal aku tak suka pun dapat nombor SATU. Sebab bila kau jadi nombor SATU in anything, orang akan mula look up on you and boommm ! Satu batu besar berupa harapan telah diletakkan dibahu kau secara automatiknya. Ajaib bukan ? So being number TWO is the best escape way. Kakakakaka. Padahal memang tak good enough pun nak dapat number one.

Aku juga ada perasaan di mana aku selalu rasa yang aku nombor DUA dalam hati orang-orang yang aku sayang. Family. Friends. As if aku ni second choice. Selalu sangat perasaan ni wujud. Selalu. Dengan masyarakat pun sama. Selalu macam orang tak pandang aku. Maybe sebab perangai aku kot yang orang tak berkenan atau sebab aku ni TAK RETI nak senyum. Entahlah. Aku tak kisah pun. Wait. I DO CARE !! Mungkin dah lali.

Aku cuma harap, andai ada jodoh aku dengan sesiapa kat dunia sementara yang penuh pancaroba ni, aku harap sangat aku adalah SATU-SATUnya wanita yang dia cintai. Selain mak dia of course. Dan juga dia takkan menDUAkan aku dengan perempuan lain. Apatah lagi lelaki lain. Nauzubillah. Hahaha. Aku tak kisah kalau aku adalah wanita yang keseratuslapanpuluhjuta yang dia cinta, as long tiada yang lain selepas aku. I don't want to be your number ONE, I just wanna be your ONLY ONE. Okay muntah. Uwerkkkk.

Aku memang dah biasa dengan nombor DUA, tapi aku pantang diDUAkan. Apatah lagi ditigaempatkan. Tapi siapalah aku nak bersuara lantang kalau takdir Tuhan mengatakan sebaliknya ? Okay. Yang tu aku tanak fikir. Bila tiba masanya nanti, pandailah aku merawat hati. Hihi.


P/s : ini adalah entri aku yang kedua. Memang disengajakan. Agagaga